Berikut adalah beberapa langkah yang boleh diambil untuk buat duit dengan IPO:
- Kenal pasti syarikat yang akan melaksanakan IPO:
Langkah pertama untuk membuat duit dengan IPO adalah dengan mencari syarikat yang akan melaksanakan IPO. Anda boleh mengikuti berita pasaran saham, atau mendapat informasi melalui broker saham atau laman web kewangan. Anda boleh lawati laman sesawang Bursa Malaysia untuk dapatkan maklumat IPO terkini. Klik di sini - Kenal pasti jumlah wang yang ingin dilaburkan:
Anda perlu menentukan jumlah wang yang ingin dilaburkan dalam IPO. Anda perlu mempunyai perancangan kewangan yang baik dan mempertimbangkan risiko pelaburan. - Daftar akaun pelaburan:
Sekiranya anda belum mempunyai akaun pelaburan, anda perlu mendaftar dengan broker saham. Broker saham akan membantu anda membuka akaun CDS (Central Depository System) untuk membeli saham IPO. Untuk mendaftar akaun CDS sesetengah broker memerlukan Anda hadir seperti MayBank, RHB, CIMB, Public Bank dsb tetapi dengan adanya teknologi anda tak perlu hadir ke broker saham contoh Malacca Securities, Anda hanya perlu mendaftar atas talian seperti iSaham, Maher Saham dan banyak lagi. Saya sendiri telah membuka akaun CDS secara atas talian dengan Malacca Securities dan hadir ke RHB investment bank. - Daftar online banking:
Anda perlu ada kemudahan online banking kerana untuk memohon saham IPO Anda perlu memohon melalui online banking seperti Maybank2u, CIMB click dan sebagainya tidak seperti dulu proses untuk memohon agak rumit. - Mendaftar dengan MITI.
Sekiranya Anda adalah bumiputera anda perlu mendaftar dengan MITI dibawah Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri kerana terdapat cabutan khas untuk bumiputera. Ini dapat meningkatkan peluang untuk mendapatkan saham IPO. - Memantau keputusan IPO:
Setelah syarikat melakukan IPO, anda perlu memantau keputusan IPO untuk mengetahui harga saham semasa dan prestasi syarikat. - Jual saham pada masa yang tepat:
Anda perlu memantau harga saham dan menjual saham pada masa yang tepat untuk mendapatkan keuntungan.
Untuk pengetahuan saham IPO tidak boleh dibeli secara terus, in perlu melalui beberapa peringkat cabutan dan amat bergantung kepada nasib anda dan juga jumlah yang dipohon.Semakin tinggi jumlah unit yang dipohon semakin cerah peluang untuk dapat. Perlu di ingat bahawa pelaburan dalam IPO melibatkan risiko yang tinggi. Oleh itu, sebelum membuat keputusan untuk melabur dalam IPO, pastikan bahawa anda memahami risiko yang terlibat dan mempunyai perancangan kewangan yang baik.
Selamat Mencuba. Terima Kasih.
No comments:
Post a Comment