Carta Renko mendapat namanya daripada perkataan Jepun "renga" yang bermaksud "batu bata". Perbezaan utama antara carta Renko dan carta candlestick adalah bagaimana carta Renko tidak mengambil kira julat masa.
Apa yang perlu anda fahami:
- Bata Renko (Renko bricks) muncul bila harga menjangkau satu julat harga tertentu dan ia tidak mengambil kira julat masa. Sebagai contoh, jika anda memilih 10 sen sebagai saiz bata, suatu bata akan muncul jika harga bergerak 10 sen ke atas atau 10 sen ke bawah.
- Bata Renko (Renko bricks) mempunyai saiz yang sama dan ia tidak akan muncul bersebelahan dengan bata yang lain. Setiap bata yang menyusul akan dilukis pada sudut 45 darjah dari bata sebelumnya. Bata-bata ini tidak akan berubah lagi setelah ia dilukis.
- Bata Renko (Renko bricks) yang menaik (bullish) dan menurun (bearish) mempunyai warna yang berbeza. Kebanyakan ia diwarnakan dengan hijau bila menaik (bullish) dan merah untuk menurun (bearish).
- Carta Renko mempunyai paksi masa, tetapi skala masa tidak tetap.
Sesetengah bata mungkin mengambil masa lebih lama untuk dibentuk
berbanding yang lain, kerana ia bergantung kepada berapa lama masa yang diambil
untuk beralih dari satu bata ke bata yang lain.
- Carta Renko biasanya hanya menggunakan
harga penutup berdasarkan jangka masa carta yang dipilih. Sebagai
contoh, jika menggunakan jangka masa mingguan, maka harga penutupan
mingguan akan digunakan untuk membina batu bata tersebut.
Di tetapan indikator tersebut, anda boleh memilih sendiri saiz bata Renko bergantung kepada kadar kemeruapan sesuatu saham serta jangka masa dagangan anda. Anda perlu menguji dengan pelbagai saiz bata sebelum menemukan ketetapan yang optimum. Saiz bata juga boleh berdasarkan Average True Range (ATR).
Kelebihan Carta Renko:
- Ia mudah dibaca kerana saiz bata yang sama dengan warna yang berbeza untuk menggambarkan penurunan dan kenaikan dalam pasaran.
- Ia membantu menghapuskan hingar (noise) pasaran.Carta Renko menapis bunyi dan membantu pedagang melihat arah aliran dengan lebih jelas, kerana semua pergerakan yang lebih kecil daripada saiz bata akan ditapis keluar.
- Terdapat banyak Indikator boleh berfungsi dengan lebih baik pada carta Renko termasuk Expert Advisor (EA).
Kekurangan carta Renko:
- Adakalanya untuk melengkapkan satu bata akan mengambil masa yang terlalu panjang untuk dibentuk. Ini boleh terjadi bila harga terus kukuh. Pelabur boleh berasa gemuruh dan keliru jika ianya terjadi.
- Jika saiz bata adalah kecil, anda boleh mengesan peralihan lebih awal. Namun, dengan cara ini anda tidak dapat menyaring hingar (noise) secara berkesan. Pemilihan saiz bata adalah amat penting, pilihlah dengan bijak.
- Ketika suatu trend (penurunan atau kenaikan), anda akan dapati terlampau banyak bata dalam satu arah. Kesannya, titik belian (entry) anda tidak begitu tepat seperti yang anda mahukan.
Cara-cara menggunakan carta Renko untuk berdagang:
Signal utama yang dihasilkan oleh carta Renko adalah saiz bata yang sama dan perubahan warna bata: ia menandakan kebarangkalian yang besar tentang perubahan pergerakan pasaran. Walaupun ada masa-masanya di mana carta Renko memberikan signal di penghujung trend yang tidak bertahan lama.
Secara keseluruhannya carta Renko membolehkan para pelabur menumpang trend besar. Tambahan lagi, carta Renko membolehkan anda mengenal pasti perbezaan (divergence) di antara harga dan osilator (contohnya RSI), walaupun untuk perbezaan yang kecil.
Menggunakan carta Renko biasanya disyorkan untuk para pelabur jangka
pendek (scalpers). Signal-signal dari carta Renko pada jangka masa intraday (Contohnya: 15 minit,30 minit dsb) dianggap lebih efisien dari yang ada di carta jangka harian (daily).
Kesimpulan:
Carta Renko hanyalah satu jenis lain untuk carta. Ia mempunyai kekuatan dan kelemahan. Jika anda menggunakan carta Renko, mungkin lebih mudah untuk anda mengenal pasti arah aliran (trend), aras sokongan (Support) dan rintangan (Resistance), serta perbezaan harga dengan osilator. Namun anda mungkin lebih menggemari carta candlestick, dan itu adalah perkara biasa. Ketahuilah bahawa terdapat banyak sekali peralatan analisa untuk pelabur dan gunakanlah ia untuk membantu anda dalam membuat keputusan.
Carta Renko boleh digunakan dalam analisis saham, di mana ia dapat membantu pelabur untuk menentukan trend dan corak yang tersembunyi dalam pergerakan harga. Walau bagaimanapun, seperti halnya dengan kesemua jenis analisa teknikal, penggunaan carta Renko harus diimbangi dengan analisis fundamental dan pengurusan risiko yang tepat.
Contoh penggunaan Carta Renko:
Selamat Mencuba. Terima Kasih.
No comments:
Post a Comment