Memaparkan catatan dengan label Teknikal. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Teknikal. Papar semua catatan

26 Mac 2023

Asas pelaburan saham - Apakah itu Carta Renko (Renko Chart)



Carta Renko mendapat namanya daripada perkataan Jepun "renga" yang bermaksud "batu bata". Perbezaan utama antara carta Renko dan carta candlestick adalah bagaimana carta Renko tidak mengambil kira julat masa.

Apa yang perlu anda fahami:

  1. Bata Renko (Renko bricks) muncul bila harga menjangkau satu julat harga tertentu dan ia tidak mengambil kira julat masa. Sebagai contoh, jika anda memilih 10 sen sebagai saiz bata, suatu bata akan muncul jika harga bergerak 10 sen ke atas atau 10 sen ke bawah.
     
  2. Bata Renko (Renko bricks) mempunyai saiz yang sama dan ia tidak akan muncul bersebelahan dengan bata yang lain. Setiap bata yang menyusul akan dilukis pada sudut 45 darjah dari bata sebelumnya. Bata-bata ini tidak akan berubah lagi setelah ia dilukis.

  3. Bata Renko (Renko bricks) yang menaik (bullish) dan menurun (bearish) mempunyai warna yang berbeza. Kebanyakan ia diwarnakan dengan hijau bila menaik (bullish) dan merah untuk menurun (bearish).

  4. Carta Renko mempunyai paksi masa, tetapi skala masa tidak tetap. Sesetengah bata mungkin mengambil masa lebih lama untuk dibentuk berbanding yang lain, kerana ia bergantung kepada berapa lama masa yang diambil untuk beralih dari satu bata ke bata yang lain.

  5. Carta Renko biasanya hanya menggunakan harga penutup berdasarkan jangka masa carta yang dipilih. Sebagai contoh, jika menggunakan jangka masa mingguan, maka harga penutupan mingguan akan digunakan untuk membina batu bata tersebut.

 Di tetapan indikator tersebut, anda boleh memilih sendiri saiz bata Renko bergantung kepada kadar kemeruapan sesuatu saham serta jangka masa dagangan anda. Anda perlu menguji dengan pelbagai saiz bata sebelum menemukan ketetapan yang optimum. Saiz bata juga boleh berdasarkan Average True Range (ATR)

Kelebihan Carta Renko:

  1. Ia mudah dibaca kerana saiz bata yang sama dengan warna yang berbeza untuk menggambarkan penurunan dan kenaikan dalam pasaran.
  2. Ia membantu menghapuskan hingar (noise) pasaran.Carta Renko menapis bunyi dan membantu pedagang melihat arah aliran dengan lebih jelas, kerana semua pergerakan yang lebih kecil daripada saiz bata akan ditapis keluar.
  3. Terdapat banyak Indikator boleh berfungsi dengan lebih baik pada carta Renko termasuk Expert Advisor (EA).

Kekurangan carta Renko:

  1. Adakalanya untuk melengkapkan satu bata akan mengambil masa yang terlalu panjang untuk dibentuk. Ini boleh terjadi bila harga terus kukuh. Pelabur boleh berasa gemuruh dan keliru jika ianya terjadi.
  2. Jika saiz bata adalah kecil, anda boleh mengesan peralihan lebih awal. Namun, dengan cara ini anda tidak dapat menyaring hingar (noise) secara berkesan. Pemilihan saiz bata adalah amat penting, pilihlah dengan bijak.
  3. Ketika suatu trend (penurunan atau kenaikan), anda akan dapati terlampau banyak bata dalam satu arah. Kesannya, titik belian (entry) anda tidak begitu tepat seperti yang anda mahukan.

Cara-cara menggunakan carta Renko untuk berdagang:

Signal utama yang dihasilkan oleh carta Renko adalah saiz bata yang sama dan perubahan warna bata: ia menandakan kebarangkalian yang besar tentang perubahan pergerakan pasaran. Walaupun ada masa-masanya di mana carta Renko memberikan signal di penghujung trend yang tidak bertahan lama.

Secara keseluruhannya carta Renko membolehkan para pelabur menumpang trend besar. Tambahan lagi, carta Renko membolehkan anda mengenal pasti perbezaan (divergence) di antara harga dan osilator (contohnya RSI), walaupun untuk perbezaan yang kecil.

Menggunakan carta Renko biasanya disyorkan untuk para pelabur jangka pendek (scalpers). Signal-signal dari carta Renko pada jangka masa intraday (Contohnya: 15 minit,30 minit dsb) dianggap lebih efisien dari yang ada di carta jangka harian (daily).

Kesimpulan:

 Carta Renko hanyalah satu jenis lain untuk carta. Ia mempunyai kekuatan dan kelemahan. Jika anda menggunakan carta Renko, mungkin lebih mudah untuk anda mengenal pasti arah aliran (trend), aras sokongan (Support) dan rintangan (Resistance), serta perbezaan harga dengan osilator. Namun anda mungkin lebih menggemari carta candlestick, dan itu adalah perkara biasa. Ketahuilah bahawa terdapat banyak sekali peralatan analisa untuk pelabur dan gunakanlah ia untuk membantu anda dalam membuat keputusan.

 Carta Renko boleh digunakan dalam analisis saham, di mana ia dapat membantu pelabur untuk menentukan trend dan corak yang tersembunyi dalam pergerakan harga. Walau bagaimanapun, seperti halnya dengan kesemua jenis analisa teknikal, penggunaan carta Renko harus diimbangi dengan analisis fundamental dan pengurusan risiko yang tepat. 

Contoh penggunaan Carta Renko:



Selamat Mencuba. Terima Kasih.

Sham Saham.

23 Mac 2023

Asas pelaburan saham - Apakah itu Carta CandleStick (CandleStick Chart)



Carta Candlestick berasal dari Jepun lebih 100 tahun sebelum Barat membangunkan carta palang dan carta titik dan angka. Pada tahun 1700-an, seorang lelaki Jepun bernama Homma mendapati, terdapat kaitan antara harga dengan penawaran dan permintaan beras, pasaran sangat dipengaruhi oleh emosi peniaga. Candlestick sendiri menunjukkan emosi iaitu dengan memberi gambaran jelas harga bergerak dengan warna yang berbeza di mana panjang keseluruhan mewakili julat harga tertinggi dan terendah, badan utama terletak di tengah-tengah mewakili julat harga dibuka dan harga ditutup

Apa yang perlu anda fahami:

  1. Candlestick sama seperti carta bar ia memaparkan harga dibuka, tertinggi, terendah dan harga ditutup sesuatu saham dalam tempoh masa tertentu. Bezanya ia digambarkan seperti lilin tetapi mempunyai bayangan atas dan bawah.

  2. Candlestick mempunyai 3 asas komponen, badan utama mewakili julat harga di antara harga buka dan tutup bagi jangka waktu tertentu, sementara bayangan atas mewakili julat harga tertinggi berbanding harga ditutup atau dibuka dan bayangan bawah mewakili julat harga dibuka atau ditutup berbanding harga terendah.

  3. Candlestick mempunyai warna yang berbeza mengikut perbezaan harga dibuka dan ditutup, sekiranya harga ditutup lebih tinggi dari harga dibuka ia diwarnakan dengan hijau atau putih bermakna berlaku kenaikan, sebaliknya jika harga ditutup lebih rendah atau sama dengan harga dibuka ia diwarnakan dengan merah atau hitam bermakna  berlaku penurunan atau tidak berubah. Warna tersebut mestilah sepadan Hijau/Merah atau Putih/Hitam.

  4. Candlestick mempunyai bentuk yang pelbagai bergantung pada harga buka, tutup,tinggi dan  rendah. Contoh nya jika harga buka dan tutup sama maka ia berbentuk seperti salib, jika harga tertinggi sama dengan harga tutup maka bentuk lilin tanpa bayang atas, jika harga buka sama dengan harga terendah maka bentuk lilin tanpa bayang bawah. Oleh itu carta Candlestick di wakili oleh pelbagai bentuk Candestick bagi menggambarkan corak atau trend pasaran mengikut jangka waktu yang ditetapkan.

 Carta candlestick digunakan oleh pelabur untuk menentukan kemungkinan berlaku pergerakan harga berdasarkan corak (Chart pattern) masa lalu dan kebanyakan algoritma adalah berdasarkan maklumat harga yang sama seperti yang ditunjukkan dalam carta Candlestick.

Tindakan harga (Price action) boleh memberikan petunjuk kepada pelabur samada akan berlaku peralihan atau penerusan arah aliran. Sebagai contoh, sekumpulan Candlestick boleh membentuk corak tertentu yang berlaku di mana-mana jangka waktu boleh memberi petunjuk samada akan berlaku peralihan atau penerusan arah aliran. 

Candlestick juga boleh membentuk formasi individu yang boleh menunjukkan penyertaan belian atau jualan dalam pasaran. Sebagai contoh, Badan utama Candlestick berwarna hijau yang panjang bermakna berlaku kenaikan ketara dan begitu juga sebaliknya. Komponen Candlestick yang berbeza boleh membantu anda meramalkan ke mana harga mungkin pergi, contohnya jika Candlestick ditutup jauh di bawah harga dibuka, ia mungkin menunjukkan penurunan harga berlanjutan.

Tempoh yang digambarkan oleh setiap Candlestick bergantung pada jangka masa yang dipilih oleh pelabur. Jangka masa yang popular ialah jangka masa harian, jadi Candlestick akan menggambarkan harga buka, tutup dan tinggi dan rendah untuk hari itu.

Kesimpulan:

Carta Candlestick formasi individu menggambarkan kekuatan jualan dan belian sesuatu saham dan juga arah pergerakan saham dalam jangka waktu tertentu. Sementara itu corak yang dibentuk oleh sekumpulan Candlestick dapat menentukan samada akan berlaku peralihan atau penerusan arah aliran.

Selamat Mencuba. Terima Kasih.

Sham Saham.

21 Mac 2023

Asas pelaburan saham - Apakah itu Carta Bar (Bar Chart)


 Carta bar terdiri daripada berbilang bar harga, dengan setiap bar menggambarkan pergerakan harga saham dalam tempoh masa tertentu. Setiap bar biasanya menunjukkan harga buka, tinggi, rendah dan tutup (OHLC), ia boleh juga dilaraskan untuk menunjukkan hanya tinggi, rendah dan tutup sahaja (HLC). Carta bar juga dikenali sebagai carta OHLC dimana O = Open (Buka), H = High (Tinggi), L = Low (Rendah) dan C = Close (Tutup).

 Apa yang perlu anda fahami:

  1. Carta bar memaparkan harga dibuka, tinggi, rendah dan harga ditutup sesuatu saham dalam tempoh masa tertentu.
  2. Garis menegak pada bar harga mewakili harga tertinggi dan terendah untuk tempoh masa tersebut sementara garis mendatar di sebelah kiri mewakili harga dibuka dan garis mendatar di sebelah kanan mewakili harga ditutup.
  3. Carta bar diwarnakan mengikut harga dibuka dan ditutup, jika harga tutup di atas harga buka atau sama ia diwarnakan dengan hitam atau hijau, dan jika harga tutup di bawah harga buka ia diwarnakan dengan merah.
  4. Dengan adanya warna pada keseluruhan carta bar ia dapat membantu para pelabur melihat arah aliran dan pergerakan harga dengan lebih jelas.

 Penganalisa teknikal biasanya menggunakan carta bar atau jenis carta yang lain seperti candlestick atau carta garisan untuk memantau pergerakan harga, bagi membantu untuk membuat keputusan dalam pelaburan. Carta bar membolehkan pelabur menganalisa arah aliran, melihat potensi pertukaran arah aliran, dan memantau turun naik pergerakan harga.

 Pelabur perlu memilih tempoh masa yang sesuai untuk di analisa bergantung kepada jenis pelabur. Kira nya anda pelabur harian (Day trader) carta bar 1 minit adalah sesuai tetapi bukan untuk pelabur jangka pendek atau jangka panjang dan begitulah sebaliknya.

Mentafsir Carta Bar:

  1. Bar menegak yang panjang:
    Menunjukkan terdapat perbezaan harga yang ketara di antara tinggi dan rendah dalam tempoh masa tersebut. Apabila bar menegak yang sangat pendek, ini bermakna perbezaan harga tinggi dan rendah adalah sangat kecil.
  2. Perbezaan Bar mendatar kiri dan Kanan:
    Jika terdapat jarak yang besar antara kiri dan kanan ini bermakna harga membuat pergerakan yang ketara di antara buka dan tutup. Jika harga tutup jauh di atas harga buka, ini menunjukkan pembeli sangat aktif dalam tempoh tersebut, yang memungkinkan lebih banyak pembelian dalam tempoh yang akan datang. Jika harga tutup sangat hampir dengan harga buka, ia menunjukkan tidak terdapat banyak keyakinan dalam pergerakan harga dalam tempoh tersebut.
  3. Perbezaan Bar mendatar dengan Bar menegak:
    Jika harga tertinggi meningkat lebih tinggi tetapi harga tutup berada jauh di bawah harga tertinggi ini memberi isyarat bahawa menjelang penghujung tempoh penjual masuk. Itu kurang menaik (bullish) berbanding dengan harga ditutup hampir dengan paras tertinggi untuk tempoh tersebut.
  4. Perbezaan Warna:
    Warna boleh memberikan maklumat sepintas lalu. Aliran menaik (bullish), kebiasaannya diwakili oleh lebih banyak bar berwarna hijau/hitam. Aliran menurun (bearish), kebiasaannya diwakili oleh lebih banyak bar berwarna merah.

Kesimpulan:
Carta bar mempunyai bar tiga komponen utama, bar menegak menggambarkan harga tertinggi dan terendah, bar mendatar pada sisi kiri merujuk kepada harga buka dan bar mendatar pada sisi kanan merujuk kepada harga tutup. Oleh itu perbezaan panjang pendek bar menegak dan kedudukan bar mendatar sisi kiri dan kanan menggambarkan situasi pelaburan pada jangka masa tersebut.

Selamat Mencuba. Terima Kasih.

Sham Saham.

19 Mac 2023

Asas pelaburan saham - Apakah itu Carta Garisan (Line Chart)

Carta garisan merupakan carta yang paling asas menghubungkan harga saham mengikut tempoh masa dengan garis lurus. Carta garisan boleh digunakan untuk mana-mana tempoh masa seperti bulanan, mingguan dsb nya tetapi ia paling kerap digunakan mengikut harga harian.

Apa yang perlu anda fahami:

  1. Carta garisan memaparkan harga saham yang disambungkan oleh garis lurus dari satu titik ke satu titik dan ia memaparkan pergerakan turun naik harga saham menggunakan garis lurus secara berterusan.
  2. Carta garisan biasanya diplot atau dilukis mengikut harga tutup sesuatu saham, dengan itu ia mengurangkan gangguan daripada harga yang kurang kritikal pada hari dagangan, seperti harga buka, tinggi dan rendah.
  3. Carta garisan adalah ringkas dan mungkin tidak dapat menentukan corak atau arah aliran sepenuhnya kerana ia hanya gambaran umum.
  4. Carta garisan mungkin tidak memberikan maklumat harga yang mencukupi bagi sesetengah pelabur untuk memantau strategi pelaburan.
  5. Carta garisan harus digunakan bersama carta lain untuk membantu bagi melihat gambaran teknikal yang lebih lengkap seperti carta bar, carta candlestick dsb.

Kebaikan dan Keburukan Menggunakan Carta Garisan:

 Pelabur kadang kala boleh jadi keliru dengan maklumat yang terlalu banyak apabila menganalisa dengan pelbagai carta. Menggunakan carta yang menunjukkan banyak maklumat harga dan petunjuk boleh memberikan pelbagai isyarat yang rumit dan keliru dalam membuat keputusan dan akhirnya segala serba tidak menjadi. Di sini anda perlu berhati-hati. 

Walau bagaimanapun, dengan menggunakan carta garisan ia boleh membantu para pelabur mengenal pasti tahap sokongan (Support) dan rintangan (Resistance) utama, arah aliran (Trend) dan corak carta (Chart pattern) dengan lebih jelas.

Carta garisan lebih sesuai untuk digunakan oleh pelabur baru sebelum belajar teknik lanjutan, seperti membaca carta candlestick dan carta-carta lain. Indikator lain seperti jumlah dagangan dan purata harga lebih mudah digunakan bersama carta garisan.

Kesimpulan:
Kiranya sukar untuk mengenal pasti tahap sokongan (support) dan rintangan (resistance) dengan kaedah lain carta garisan adalah lebih baik tetapi pastikan anda menggunakan carta garisan bersama carta lain dan indikator tertentu dalam membuat keputusan untuk melabur.

Selamat Mencuba. Terima Kasih.

Sham Saham.

15 Mac 2023

Asas pelaburan saham - Apakah jenis-jenis Carta yang digunakan?

 Terdapat beberapa jenis Carta yang umum digunakan dalam pelaburan, antara lainnya adalah:

  1. Carta Garisan (Line Chart):
    Grafik garisan menunjukkan pergerakan harga dalam bentuk garis lurus, dengan titik-titik dihubungkan oleh garis lurus. Carta garisan adalah jenis carta yang paling mudah dan sederhana, karena hanya menunjukkan harga tutup dalam jangka waktu tertentu.

  2. Carta Bar (Bar Chart):
    Grafik tiang bercabang ini menunjukkan harga buka, tutup, tertinggi, dan terendah dalam satu jangka waktu tertentu. Carta bar menunjukkan informasi lebih banyak daripada carta garisan, tetapi tetap sederhana dan mudah di fahami.

  3. Carta Candlestick (Candlestick Chart):
    Grafik lilin ini juga menunjukkan harga buka, tutup, tertinggi, dan terendah dalam satu jangka waktu tertentu, tetapi ditampilkan dalam bentuk lilin. Warna lilin menunjukkan perbezaan harga buka dan tutup dalam jangka waktu tertentu.

  4. Carta Renko (Renko Chart):
    Grafik Renko menampilkan pergerakan harga dengan menggunakan blok-blok yang sama besar, terlepas dari waktu. Grafik Renko sangat membantu dalam mengenal pasti trend pasaran dan memberikan informasi tentang pergerakan harga dengan cara yang mudah di fahami.

  5. Carta Point dan Figure (Point dan Figure Chart):
    Grafik Point and Figure menunjukkan pergerakan harga dalam bentuk kotak-kotak. Setiap kotak mewakili pergerakan harga tertentu, dan kotak-kotak diatur dalam pola tertentu untuk membantu pelabur untuk mengenal pasti trend pasaran.

Setiap jenis carta memiliki kelebihan dan kekurangan, dan pelabur harus memilih jenis chart yang paling sesuai dengan strategi pelaburan mereka.

Selamat Mencuba. Terima Kasih.

Sham Saham.

 

13 Mac 2023

Bagaimana nak bermula melabur dalam bursa saham malaysia?

 Untuk memulakan pelaburan dalam Bursa Saham Malaysia (BSKL), anda boleh mengikuti langkah-langkah berikut:

  1. Pelajari asas pelaburan saham:
    Sebelum memulakan pelaburan, pastikan anda mempunyai pemahaman yang baik tentang asas-asas pelaburan saham. Anda boleh mempelajari topik ini dengan membaca buku-buku, buat kajian melalui Google, menonton video percuma Youtube atau mengikuti kursus-kursus dalam talian dan sebagainya.

  2. Pilih broker saham:
    Broker saham adalah pihak yang menyediakan perkhidmatan untuk membeli dan menjual saham dalam pasaran saham. Anda perlu memilih broker saham yang terbaik dan mempunyai rekod yang baik dan mempunyai aplikasi atau platform yang baik untuk anda membuat kajian. Antara broker yang terkenal di Malaysia ialah CIMB, Maybank, RHB, Public Bank, Melacca Securities, Kenanga Investment Bank dan banyak lagi.

  3. Buka akaun saham (CDS):
    Selepas memilih broker saham, anda perlu membuka akaun saham (Central Depository System) dengan broker tersebut. Biasanya, anda perlu melengkapkan borang dan mengemukakan dokumen seperti kad pengenalan, bukti pendapatan dan bil utiliti. Kebiasaannya broker akan mengenakan sedikit bayaran sebagai yuran pendaftaran. Sesetengah broker tidak memerlukan anda hadir bersemuka, hanya dilakukan secara atas talian sepenuhnya.

  4. Deposit wang ke akaun saham:
    Selepas membuka akaun saham, anda akan diberi Username dan Password untuk log masuk ke platform yang disediakan bagi mengawal selia akaun pelaburan Anda. Di sini anda perlu mendepositkan sejumlah wang ke akaun tersebut. Jumlah minimum deposit boleh jadi berbeza mengikut broker saham.

  5. Pilih saham yang ingin dibeli:
    Selepas mendepositkan wang ke akaun saham, anda boleh mula memilih saham yang ingin dibeli. Anda boleh melakukan analisa asas dan teknikal untuk memilih saham yang terbaik. Analisa ini boleh dilakukan dengan kemudahan yang ada dalam platform atau melalui kajian sendiri melalui Internet atau apa saja. Adalah amat penting untuk rancang pelaburan anda sekira berlaku penurunan di mana anda perlu jual dan menanggung kerugian.

  6. Jual/Beli saham:
    Selepas memilih saham, anda boleh memasukkan pesanan untuk membeli saham tersebut melalui aplikasi atau platform yang disediakan. Broker saham akan memproses pesanan anda sama ada membeli atau menjual saham untuk anda. Setiap transaksi akan dikenakan bayaran sama ada jual atau beli mengikut ketetapan broker masing-masing.

  7. Monitor pelaburan anda:
    Selepas membeli saham, anda perlu memantau pelaburan anda secara berkala. Anda boleh menggunakan aplikasi atau platform yang disediakan oleh broker saham untuk memantau prestasi pelaburan anda.

Sekiranya anda baru dalam pelaburan saham, disarankan agar anda memulakan pelaburan dengan jumlah yang kecil dan memilih saham yang stabil dan matang sebelum meningkatkan pelaburan anda. Selain itu, pastikan anda memahami risiko pelaburan saham dan mempunyai strategi pelaburan yang baik sebelum memulakan pelaburan anda.

Selamat Mencuba. Terima Kasih.

Sham Saham.

6 Mac 2023

Analisa saham berdasarkan Teknikal.

 Asas kepada analisa Teknikal adalah pergerakan harga dan jumlah dagangan atau volume masa lampau dan ianya diplotkan dalam bentuk graf atau chart mengikut masa samada minit, jam, hari, minggu dan tahun. Untuk harga ia merujuk harga buka, harga tutup, harga tertinggi dan harga terendah, untuk jumlah dagangan ia merujuk kepada jumlah jualan dan belian. Dengan itu pelbagai indikator dibuat untuk meramal pergerakan harga masa hadapan untuk tujuan pelaburan yang menguntungkan.

Analisa teknikal lebih kepada statistik yang dikumpulkan daripada aktiviti dagangan, seperti pergerakan harga dan jumlah dagangan atau volume. Tidak seperti analisa fundamental, yang cuba menilai berdasarkan prestasi sebenar syarikat seperti hasil perniagaan, pendapatan dan status kewangan.

Beberapa indikator teknikal umum yang digunakan dalam analisa saham teknikal antara lain:

  1.     Moving average (MA)
  2.     Relative Strength Index (RSI)
  3.     Stochastic Oscillator
  4.     Bollinger Bands
  5.     MACD (Moving Average Convergence Divergence)

Selain indikator teknikal, analisis saham teknikal juga merujuk kepada pola chart yang terbentuk (Chart pattern), seperti pola Ascending Triangle, pola Head and Shoulder, dan pola Double Bottom atau Double Top dan sebagainya.

Pola-pola ini digunakan untuk meramal kemungkinan arah pergerakan harga saham di masa depan. Namun, analisis teknikal tidak dapat meramal faktor-faktor fundamental yang dapat mempengaruhi harga saham, seperti perubahan regulasi, kebijakan pemerintah, dan peristiwa geopolitik.

Oleh karena itu, sebaiknya analisa teknikal harus digabungkan dengan analisa fundamental untuk memdapat gambaran yang lebih jelas dan tepat tentang pergerakan sesuatu saham.

Selamat Mencuba. Terima Kasih.

Sham Saham.