Carta bar terdiri daripada berbilang bar harga, dengan setiap bar menggambarkan pergerakan harga saham dalam tempoh masa tertentu. Setiap bar biasanya menunjukkan harga buka, tinggi, rendah dan tutup (OHLC), ia boleh juga dilaraskan untuk menunjukkan hanya tinggi, rendah dan tutup sahaja (HLC). Carta bar juga dikenali sebagai carta OHLC dimana O = Open (Buka), H = High (Tinggi), L = Low (Rendah) dan C = Close (Tutup).
Apa yang perlu anda fahami:
- Carta bar memaparkan harga dibuka, tinggi, rendah dan harga ditutup sesuatu saham dalam tempoh masa tertentu.
- Garis menegak pada bar harga mewakili harga tertinggi dan terendah untuk tempoh masa tersebut sementara garis mendatar di sebelah kiri mewakili harga dibuka dan garis mendatar di sebelah kanan mewakili harga ditutup.
- Carta bar diwarnakan mengikut harga dibuka dan ditutup, jika harga tutup di atas harga buka atau sama ia diwarnakan dengan hitam atau hijau, dan jika harga tutup di bawah harga buka ia diwarnakan dengan merah.
- Dengan adanya warna pada keseluruhan carta bar ia dapat membantu para pelabur melihat arah aliran dan pergerakan harga dengan lebih jelas.
Penganalisa teknikal biasanya menggunakan carta bar atau jenis carta yang lain seperti candlestick atau carta garisan untuk memantau pergerakan harga, bagi membantu untuk membuat keputusan dalam pelaburan. Carta bar membolehkan pelabur menganalisa arah aliran, melihat potensi pertukaran arah aliran, dan memantau turun naik pergerakan harga.
Pelabur perlu memilih tempoh masa yang sesuai untuk di analisa bergantung kepada jenis pelabur. Kira nya anda pelabur harian (Day trader) carta bar 1 minit adalah sesuai tetapi bukan untuk pelabur jangka pendek atau jangka panjang dan begitulah sebaliknya.
Mentafsir Carta Bar:
- Bar menegak yang panjang:
Menunjukkan terdapat perbezaan harga yang ketara di antara tinggi dan rendah dalam tempoh masa tersebut. Apabila bar menegak yang sangat pendek, ini bermakna perbezaan harga tinggi dan rendah adalah sangat kecil. - Perbezaan Bar mendatar kiri dan Kanan:
Jika terdapat jarak yang besar antara kiri dan kanan ini bermakna harga membuat pergerakan yang ketara di antara buka dan tutup. Jika harga tutup jauh di atas harga buka, ini menunjukkan pembeli sangat aktif dalam tempoh tersebut, yang memungkinkan lebih banyak pembelian dalam tempoh yang akan datang. Jika harga tutup sangat hampir dengan harga buka, ia menunjukkan tidak terdapat banyak keyakinan dalam pergerakan harga dalam tempoh tersebut. - Perbezaan Bar mendatar dengan Bar menegak:
Jika harga tertinggi meningkat lebih tinggi tetapi harga tutup berada jauh di bawah harga tertinggi ini memberi isyarat bahawa menjelang penghujung tempoh penjual masuk. Itu kurang menaik (bullish) berbanding dengan harga ditutup hampir dengan paras tertinggi untuk tempoh tersebut. - Perbezaan Warna:
Warna boleh memberikan maklumat sepintas lalu. Aliran menaik (bullish), kebiasaannya diwakili oleh lebih banyak bar berwarna hijau/hitam. Aliran menurun (bearish), kebiasaannya diwakili oleh lebih banyak bar berwarna merah.
Kesimpulan:
Carta bar mempunyai bar tiga komponen utama, bar menegak menggambarkan harga tertinggi dan terendah, bar mendatar pada sisi kiri merujuk kepada harga buka dan bar mendatar pada sisi kanan merujuk kepada harga tutup. Oleh itu perbezaan panjang pendek bar menegak dan kedudukan bar mendatar sisi kiri dan kanan menggambarkan situasi pelaburan pada jangka masa tersebut.
Selamat Mencuba. Terima Kasih.
No comments:
Post a Comment