Carta garisan merupakan carta yang paling asas menghubungkan harga saham mengikut tempoh masa dengan garis lurus. Carta garisan boleh digunakan untuk mana-mana tempoh masa seperti bulanan, mingguan dsb nya tetapi ia paling kerap digunakan mengikut harga harian.
Apa yang perlu anda fahami:
- Carta garisan memaparkan harga saham yang disambungkan oleh garis lurus dari satu titik ke satu titik dan ia memaparkan pergerakan turun naik harga saham menggunakan garis lurus secara berterusan.
- Carta garisan biasanya diplot atau dilukis mengikut harga tutup sesuatu saham, dengan itu ia mengurangkan gangguan daripada harga yang kurang kritikal pada hari dagangan, seperti harga buka, tinggi dan rendah.
- Carta garisan adalah ringkas dan mungkin tidak dapat menentukan corak atau arah aliran sepenuhnya kerana ia hanya gambaran umum.
- Carta garisan mungkin tidak memberikan maklumat harga yang mencukupi bagi sesetengah pelabur untuk memantau strategi pelaburan.
- Carta garisan harus digunakan bersama carta lain untuk membantu bagi melihat gambaran teknikal yang lebih lengkap seperti carta bar, carta candlestick dsb.
Kebaikan dan Keburukan Menggunakan Carta Garisan:
Pelabur kadang kala boleh jadi keliru dengan maklumat yang terlalu banyak apabila menganalisa dengan pelbagai carta. Menggunakan carta yang menunjukkan banyak maklumat harga dan petunjuk boleh memberikan pelbagai isyarat yang rumit dan keliru dalam membuat keputusan dan akhirnya segala serba tidak menjadi. Di sini anda perlu berhati-hati.
Walau bagaimanapun, dengan menggunakan carta garisan ia boleh membantu para pelabur mengenal pasti tahap sokongan (Support) dan rintangan (Resistance) utama, arah aliran (Trend) dan corak carta (Chart pattern) dengan lebih jelas.
Carta garisan lebih sesuai untuk digunakan oleh pelabur baru sebelum belajar teknik lanjutan, seperti membaca carta candlestick dan carta-carta lain. Indikator lain seperti jumlah dagangan dan purata harga lebih mudah digunakan bersama carta garisan.
Kesimpulan:
Kiranya sukar untuk mengenal pasti tahap sokongan (support) dan rintangan (resistance) dengan kaedah lain carta garisan adalah lebih baik tetapi pastikan anda menggunakan carta garisan bersama carta lain dan indikator tertentu dalam membuat keputusan untuk melabur.
Selamat Mencuba. Terima Kasih.
No comments:
Post a Comment